NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN tamak, tak hormat kehendak rakyat di Pahang - Saifuddin



Pemimpin Bersatu Saifuddin Abdullah membidas BN sebagai 'tamak' sehingga menggagalkan pembentukan kerajaan negeri Pahang yang diterajui PN dan BN.

Ahli parlimen Indera Mahkota itu berkata parti yang mendapat mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN, justeru ia menggambarkan kehendak rakyat dan harus dihormati.

"Sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan PH (Pakatan Harapan) yang membawa agenda yang bertentangan dengan kepentingan rakyat.

"Tetapi BN pula menuntut jawatan menteri besar dan mahukan tujuh kerusi exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.

"Sifat tamak dan mahu mengenepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar Umno-BN yang rakyat perlu sedar," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Saya tidak tahu apa gula-gula 'pelincir' yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan," tambahnya.

Di Pahang, PN mempunyai 17 kerusi DUN, BN mempunyai 16 kerusi dan PH mempunyai 8 kerusi, dengan pilihan raya kecil (PRK) Tioman kini dijadualkan pada 7 Dis berikutan kematian calon PN/PAS.

DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Susulan itu terdapat siri perbincangan antara PN dan BN, selain BN dan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran.

Pada 24 Nov lalu, PH menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy Wan Ismail dari BN sebagai menteri besar yang seterusnya membawa kepada persetujuan dua gabungan itu untuk membentuk kerajaan negeri bersama.






........
Komen: UMNO tak ada jati diri Melayu Islam... hilang moral




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo