NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Maslan memberi gambar jawatan TPM akan disandang Zahid Hamidi



PONTIAN -
Pemilihan anggota kabinet yang baharu perlu berdasarkan struktur dan hierarki parti yang menyokong gabungan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebelum senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan, pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan perlu dilibatkan dalam perundingan pemilihan tersebut.

"Saya difahamkan ketika Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri ke-8), Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dirundingi.

"Maka anggota Kabinet yang dilantik (Muhyiddin) itu tidak mengikut hierarki parti. Itu yang berlaku ketika Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

"Saya harap kali ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan pucuk pimpinan parti terutama Presiden parti supaya ia jadi suara parti itu bukan orang-orang lain yang jadi suara parti. Ini adalah kebaikan semua pihak," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi dialog dan penerangan bersama akar umbi di Benut pada Ahad.

Pada Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan diberikan kepada blok terkuat lain dalam kerajaan perpaduan iaitu BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu adalah amalan biasa dalam setiap kerajaan.

Ditanya sama ada UMNO atau BN ada mencadangkan nama tertentu untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad berkata perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan parti.

"Tentang Kabinet ini, siapa nama yang dipilih, pecahan bilangan setiap parti mahupun sama ada rundingan sudah selesai, saya tidak masuk campur.

"Kita serah pada pucuk pimpinan parti untuk buat pilihan daripada parti masing-masing," katanya.

Mengulas mengenai bila senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan, Ahmad berkata, ia dijangka diumumkan pada minggu depan.

"Dijangkakan minggu depan bermula esok hingga Jumaat. Tarikh sebenar saya tidak tahu.

"Mengenai nama saya turut disebut-sebut menganggotai Kabinet, itu saya serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO dan BN," katanya.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo