NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Bila orang masuk parti dia, boleh pula', BN memang dia aje betul


Pengerusi PN Pahang Saifuddin Abdullah menyelar pihak yang mempersoalkan tindakan gabungan itu mencalonkan penyandang parlimen Maran, Ismail Abdul Muttalib di kerusi parlimen berkenaan.

Jelas Saifuddin, keputusan itu dibuat sendiri oleh Ismail tanpa dipengaruhi mana-mana pihak selepas namanya digugurkan BN Pahang daripada senarai calon untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Ada pihak tertentu, bila orang masuk parti dia, boleh pula, tapi bila masuk parti kami, kami pula dipersoalkan.

"Kehadiran Ismail diterima PN dengan hati terbuka sekali gus memberi dokongan yang sepenuhnya untuk menghadapi PRU15.

"Lagipun, Ismail adalah sahabat kami, PAS dengan Umno pun tak ada masalah (sebelum ini) kerana bersama dalam Muafakat Nasional (MN), dan kita (Bersatu) pun ada menerima undangan (menyertai MN), cuma tak kesampaian," katanya dalam sidang media di Kuantan, Pahang petang tadi.

Ismail Abdul Muttalib

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan kewajaran PN Pahang memberi laluan kepada Ismail bertanding di kerusi parlimen Maran walaupun pada awalnya kerusi itu diperuntukkan kepada PAS.

Saifuddin menjelaskan kesediaan Ismail menyertai gabungan itu juga bakal memberikan ramuan terbaik untuk ditawarkan kepada pengundi di Maran.

“Dengan kepimpinan yang sedia ada di Maran itu nanti, ia adalah gandingan cukup mantap di mana seorang bekas ahli parlimen, dua orang penyandang kerusi DUN manakala seorang muka baru,” katanya lagi.

Parlimen Maran mempunyai tiga kerusi DUN, iaitu DUN Luit, Chenor dan Kuala Sentul.

Kerusi DUN Luit dan Chenor dimenangi PAS dalam PRU14, manakala kerusi DUN Kuala Sentul pula dimenangi calon Umno, Shahaniza Shamsuddin.

Shahaniza adalah ketua Umno Maran dan dipilih sebagai calon BN Pahang untuk kerusi parlimen Maran, menggantikan Ismail dalam pilihan raya umum kali ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo