NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas penyokong PH, Umno serah borang keahlian PAS


KUALA LUMPUR:
“Kita hanya berdakwah dan menerang, pintu hati Allah yang membukanya,” ujar calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Bagan Serai, Datuk Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, kerja perjuangan jangan mudah kecewa, kegagalan sebelumnya bukan bermakna kegagalan buat selamanya.

Sehubungan itu, petang semalam beliau menerima 18 borang ahli PAS daripada penduduk Ladang Chersonese dan 50 borang daripada Kampung Parit Haji Amin DUN Alor pongsu Bagan Serai.

“Mereka bekas penyokong PH dan Umno. Alhamdulillah,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Menerusi hantaran lain, beliau turut menyatakan fenomena gelombang kebangkitan sokongan anak-anak muda di seluruh negara.

“Ketika pandemik dulu, kerajaan prihatin inilah yang bergolok bergadai membantu masyarakat keluar daripada keresahan dan kesusahan.

“Kita telah buktikan bahawa kerajaan inilah benar-benar hendak menyelamatkan negara kita Malaysia tercinta.

“Hari ini kita menyaksikan kebangkitan rakyat terutamanya golongan muda bersama Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau berkata, anak muda mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk lanskap politik negara.

“Inilah yang menjadi ketakutan musuh-musuh PERIKATAN NASIONAL. Inilah kekuatan kita. Inilah perpaduan kita. Inilah semangat kita. Inilah yang perlu kita buktikan untuk mengundi pada 19 November nanti,” tambahnya.

Justeru, beliau menyeru golongan itu memberikan peluang kepada PERIKATAN NASIONAL untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini. – HARAKAHDAILY 13/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo