NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'KJ tiada tempat bertanding, saya beri peluang di Sungai Buloh, patut berterima kasih' - Ahmad Zahid


BAGAN DATUK:
"Beliau patut berterima kasih pada saya sebab beri peluang bertanding di Sungai Buloh," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas mengenai calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaludin.

Zahid berkata, Menteri Kesihatan itu sepatutnya tiada tempat pada PRU15 ini kerana Khairy adalah ahli UMNO dalam Bahagian Rembau dan kini Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Mohamad Hasan, menjadi calon di situ.

Katanya, Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan adalah calon lebih layak untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

"Saya beri juga beliau (Khairy) bertanding di Sungai Buloh walaupun bukan tempat beliau.

"Maka beliau perlu bekerja keras untuk memenangi kerusi Sungai Buluh dan menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN," katanya.

Dalam pada itu, Zahid berpendapat, hasrat Khairy untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti bergantung pada diri Khairy sendiri.

"Pertamanya, beliau mesti menguatkan parti, bukan melemahkan parti. Beliau mesti memang di Sungai Buloh. Beliau juga mesti diterima parti dan tidak menyanggah parti

"Kita boleh berbeza pendapat. Tapi kalau tunjuk diri terbaik, terpandai, paling bijaksana. Itu ertinya perasan," kata Zahid lagi ketika ditemui semasa program bersama komuniti Cina di Bagan Datuk, hari ini.

Terdahulu, Khairy mendakwa Zahid mungkin tidak berpuas hati kepadanya kerana mempertikaikan keputusan Pengerusi BN berhubung pencalonannya bagi PRU15 ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo