NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin pertahan Sanusi isu kenyataan wanita tak sesuai wakili Sik


Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali hari ini membela Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, yang baru-baru ini berkata seorang wanita tidak layak untuk menjadi ahli parlimen bagi kawasan parlimen Sik yang terletak di luar bandar.

Azmin memberitahu pemberita petang ini bahawa Sanusi menjelaskan perkara itu kepadanya dan pemimpin PAS itu tidak bermaksud untuk merendahkan wanita dalam ucapannya di kawasan itu.

"Beliau (Sanusi) juga telah memberi penjelasan. Malam tadi saya berada dengan beliau di Alor Setar, ulasan menteri besar Kedah, beliau tidak bermaksud seperti apa yang dilaporkan.

"Itu adalah bahasa tempatan orang Sik yang berbeza dengan bahasa tempatan dan dialek orang Kedah yang lain.

"Dan beliau berasal dari Sik, beliau duduk di Sik, dan bagi orang Sik itu bukan satu perkara yang luar biasa. Beliau tidak bermaksud untuk menghina kaum wanita," kata Mohamed Azmin kepada pemberita ketika ditemui di Gombak.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo