NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar tolak guna Mercedes dibeli JPM? Dia alim dan zuhud ke?


Sebekum ini diberitakan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan sebuah Mercedes-Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai kenderaan rasminya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh JPM sebelum saya memasuki pejabat,” katanya di Facebook.

Anwar berkata, langkah itu diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya.

Penyokong PH dan UMNO/DAP pun pujilah Anwar sebenar alim dan zuhud?


Daripada rekod pendaftaran kenderaan dengan nombor plat VCQ8055 digunakan Anwar tersebut, kereta tersebut didaftarkan pada 2012 di bawah nama sebuah syarikat, Yayasan Aman Berhad.

Persoalannya kini, mengapa sebuah kenderaan mewah didaftarkan di bawah sebuah yayasan dan apakah fungsi yayasan misteri yang dikatakan diasaskan oleh Anwar dan isterinya itu.

Laporan sebelum ini mendedahkan Yayasan Aman beralamat di Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Petaling Jaya menamakan Anwar sebagai Penasihat dan Pengasasnya.

Menurut dokumen yang dilampirkan di bawah yayasan itu ditubuhkan pada 17 Januari 1983 di bawah syarikat bernama Yayasan Aman Berhad.

Turut dilaporkan terdapat enam Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Rameli Musa, Datuk Vaseehar Hassan Abdul Razack, Saiful Izham Ramli dan Anwar sendiri.

Terdahulu Anwar menaiki kereta model Jaguar XJ berwarna hitam sebelum dilihat memasuki pekarangan Istana Negara.

Anwar sebelum ini pernah dikaitkan dengan gaya hidup mewah apabila didakwa ada penaja yang menaja pengangkutan udara mewah untuknya.

Itu baharu 1 kereta, belum yang lain lagi. Belum yang isteri dan anak-anaknya lagi.



Pemilik Yayasan Aman


Siapa pemilik Yayasan Aman Berhad ini? Yayasan yang ditubuhkan pada 17 Januari 1983 diasaskan Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail.  Sebelum ini enam Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Rameli Musa, Datuk Vaseehar Hassan Abdul Razack, Saiful Izham Ramli dan Anwar sendiri.

Datuk Rameli Musa bekas Pengerusi KTMB yang terlibat dengan pembayaran cek RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Bagaimanapun kini Lembaga Pemegang Amanah Yayasan itu hanya tinggal Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Saiful Izham Ramli seorang Peguam yang juga bekas Setiausaha Politik Saifuddin Nasution.

 
Tidak menghairankan untuk Anwar Ibrahim dengan gaya mewahnya termasuk menaiki jet peribadi ke seluruh dunia. Malah ketika Wan Azizah sebagai TPM, Anwar sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan jet kerajaan ketika itu bersama keluarga melawat ke luar negara.

Bagaimana pun rakyat boleh melihat sendiri pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim yang mendapat derma daripada pihak kepada Yayasan Aman itu tetapi Anwar membelanjakannya untuk pembelian kenderaan mewah. Pada tahun 1998 dana akaun Yayasan Aman pernah didedahkan. Namun kini laporan kewangan syarikat itu tidak pernah dihantar. Hilang dan misteri.

Jika Yayasan milik pemimpin BN sebelum ini disiasat dan dicari salah mengapa tidak Yayasan Aman ini yang mempunyai wang berjuta ini juga disiasat. 


Pelbagai pihak pernah mendedahkan mengenai Yayasan Aman. Mungkin para penderma sudah mengetahui dana mereka dibelanja oleh Anwar. Wajar disemak dan diisytiharkan semua penderma, ada tak sebarang transaksi mungkin dari Kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan N.Sembilan ataupun kerajaan Pusat khususnya bila isteri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kebajikan.

 Mungkin ada sesuatu boleh ditemui dengan Wan Azizah di Yayasan Aman ini!



........
Komen: Aku nak lihat sampai bila Anwar boleh kencing pengikut dan rakyat




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. Mula2 jadi PM kena tunjuk baikdulu. Tak blh gelojoh lg. Nk sampai saat akhir pru16 nnti baru kasi pecut.

    ReplyDelete
  2. ko dah sedia nak kena saman? Di dunia fitnah lawannya saman

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo