NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang baharu patut beri laluan, calon BN beritahu pencabar dari PH


KULIM:
Calon Barisan Nasional (BN) Sivaraj Chandran berkata, Sofee Razak daripada Pakatan Harapan (PH) harus memberi laluan kepadanya pada pilihan raya kerusi Parlimen Padang Serai kerana beliau telah berada di kawasan itu selama tiga tahun.

“Saya sudah lama di sini. Tidak perlu fikir bahawa Sofee, sebagai orang baharu dan baik orangnya, harus memberi laluan kepada saya kerana saya telah bekerja keras di sini,” kata Sivaraj.

Sofee, seorang peguam, menjadi tumpuan sehari sebelum penamaan calon pada 24 Nov selepas pemimpin akar umbi PKR memboikot pencalonannya kerana menganggap beliau orang luar. Beliau akhirnya dicalonkan walaupun mendapat bantahan.

Semalam, Sofee meminta Sivaraj memberi laluan memandangkan BN menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Pertembungan antara dua calon boleh memecahkan undi dan membolehkan calon Perikatan Nasional (PN) menang, katanya.

Bagaimanapun Sivaraj merasakan beliau ialah calon terbaik menentang PN. Katanya, beliau telah bekerja keras untuk pilihan raya dan telah membelanjakan wangnya sendiri untuk membantu pengundi.

Beliau berkata, malah calon PN Azman Nasruddin boleh dianggap orang luar di Padang Serai kerana Azman telah berkempen untuk kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu sejak setahun lepas.

Azman, yang juga ADUN Lunas dan exco kerajaan negeri Kedah, meninggalkan PKR dan menyertai PN dua tahun lepas. Lunas dan Merbau Pulas ialah dua kerusi DUN bawah Parlimen Padang Serai.

Sivaraj Chandran melawat kawasan banjir di Sungai Karangan dua minggu lepas. Beliau berjanji akan menambah baik infrastruktur tebatan banjir jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Sivaraj berkata, jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen, fokus utamanya adalah menyediakan tebatan banjir, memandangkan Padang Serai terdedah kepada bencana itu.

“PH telah berada di sini sejak 15 tahun lepas, isu asas ini tidak dapat mereka selesaikan. Longkang teruk, dan dana persekutuan boleh bantu baiki kawasan utama,” katanya.

Beliau berkata industri utama di kawasan itu harus menyediakan 30% pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Beliau juga berharap dapat mewujudkan rangkaian internet tanpa wayar gergasi di seluruh kawasan itu bagi membantu rakyat melayari internet.

Bagaimanapun, Sivaraj berkata, terdapat polarisasi dalam kalangan pengundi di Padang Serai. Sebilangan besar pengundi India nampaknya cenderung kepada BN, manakala pengundi Cina kekal dengan PH.

“Bagi pengundi Melayu, saya tidak fikir mereka boleh dipengaruhi oleh ekstremisme, pelampau kaum. Saya fikir sekarang, pengundi Melayu sedar bahawa perpaduan antara semua kaum adalah suatu kekuatan,” katanya.

Tiga lagi calon yang bertanding untuk kerusi Parlimen Padang Serai termasuk Hamzah Abdul Rahman (Pejuang); Bakri Hashim (Warisan); dan calon bebas K Sreanandha Rao.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo