NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

16 penumpang cedera nahas bas rempuh treler

Bahagian depan bas remuk akibat melanggar belakang treler di KM 179, Lebuhraya PLUS. - Foto ihsan JBPM Melaka


Jasin: Seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 179, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 3.57 pagi.

Menurutnya sebuah jentera bersama sembilan anggota termasuk dua dari Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat dan turut dibantu lapan anggota dari BBP Tangkak, Johor.

"Sejurus tiba di lokasi pada jam 4.10 pagi didapati kemalangan membabitkan bas ekspres melanggar bahagian belakang treler membawa muatan barang kitar semula.

"Terdapat 27 penumpang yang mana 16 orang dilaporkan mengalami kecederaan ringan, manakala 11 selamat.

"Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans dan EMRS untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.20 pagi tadi.


Sumber I BH Online






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo