NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon


Barisan Nasional (BN) mengumumkan Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan bertanding di

Parlimen Nibong Tebal di Pulau Pinang.

Parti Friends Of BN itu menjadi antara yang diberi peluang untuk bertanding menggunakan logo BN kali ini.

Turut dinamakan sebagai calon, T Loganathan dari Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia di kerusi Parlimen Jelutong serta Razalif Mohamad Zain dari Parti Cinta Malaysia (PCM) yang akan bertanding di kerusi Bukit Bendera.

Selain itu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Syed Ibrahim Kader pula dinamakan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Puchong. BH



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo