NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tak umum calon Arau, Adakah untuk Shahidan?


Perikatan Nasional (PN) masih belum mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen Arau bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam majlis pada malam ini.

Ketika mengumumkan barisan calon PN, pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata calon untuk kerusi itu akan diumumkan kemudian. 

Sebelum itu, Barisan Nasional (BN) mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Arau, Shahidan Kassim digugurkan.

Beliau digantikan oleh Rozabil Abd Rahman. 

Semalam, Shahidan mengumumkan di Facebook bilik gerakan BN di Arau ditutup secara serta merta.

Sementara Pakatan Harapan (PH) pula mengumumkan Fathin Amelina Fazlie mewakili gabungan itu di Arau.

Pada PRU14, Shahidan mempertahankan kerusi yang disandangnya bagi kali keempat. 

Beliau mendapat majoriti 4,856 menewaskan Abd Rahman Daud (PKR) dan Hashim Jasin (PAS).

Shahidan merupakan antara pengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang digugurkan sebagai calon BN pada PRU15.

Antara yang turut digugurkan ialah Annuar Musa, Zahidi Zainul Abidin, Halimah Sadique, dan Mastura Mohd Yazid yang merupakan menteri dan timbalan menteri kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo