NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tengkorak, tulang dalam ladang sawit milik Mona Liza

Polis menerima laporan berhubung penemuan tulang manusia pada 13 September lepas jam 6 petang daripada pengurusan ladang tersebut. - Gambar hiasan

KUALA PILAH: Kehilangan wanita orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran, Mona Liza Lani, 58, sejak Julai lepas akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan tulang yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di sini adalah milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pihak polis menerima laporan berhubung penemuan tulang manusia pada 13 September lepas jam 6 petang daripada pengurusan ladang tersebut.
"Siasatan di lokasi mendapati terdapat tengkorak, beberapa tulang lain, pakaian dan ubat-ubatan yang bertulis nama Mona Liza.
"Justeru, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan antara darah abang orang hilang (Mona Liza) dengan sampel tulang dan gigi yang dijumpai," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.
Amran berkata, hasil laporan daripada Jabatan Kimia yang diperoleh pada 3 Oktober lepas mengesahkan ia adalah milik Mona Liza yang dilaporkan hilang sebelum ini.
"Tengkorak dan tulang berkenaan telah diserahkan kepada keluarganya pada Rabu untuk tujuan pengebumian," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Mona Liza yang merupakan OKU masalah pembelajaran hilang dari rumahnya di Kampung Juasseh Hilir di sini sejak 22 Julai lepas.
Abang sulungnya, Azizan Lani, 62, berkata, laporan polis telah dibuat pada hari sama kehilangan mangsa.
Menurutnya, mereka adik-beradik bimbang terhadap keselamatan mangsa tambahan pula dia seorang OKU selain perlu mengambil ubat sepertimana yang disarankan doktor. - Sinar Harian


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo