NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: PH umum Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Perdana Menteri PH. - Gambar fail

IPOH: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan perkara itu dalam Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini sebentar tadi.
"Majlis Presiden PH melalui proses temu rapat di Port Dickson, temu rapat di Seremban dan siri mesyuarat... membuat keputusan... memasuki PRU15, PH menawarkan kepada rakyat Malaysia, satu nama jika mandat diberikan... calon Perdana Menteri kita adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Hadir sama, Timbalan-timbalan Pengerusi PH yang antaranya, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.
BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo