Tak dinamakan sebagai calon dalam PRU15, Naib Presiden Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen memutuskan untuk keluar parti.
Rafiq sebelum ini menyasarkan untuk bertanding di Parlimen Tangga Batu, namun ditawarkan kerusi lain yang kemudian ditolaknya.
Rafiq berkata pucuk pimpinan parti pada mulanya menjanjikan kerusi Tangga Batu kepadanya, tetapi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan timbalannya Ahmad Faizal Azumu kemudian menawarkan untuk mencalonkannya di beberapa kerusi alternatif, termasuk Bagan Datuk di Perak.
Bagan Datuk ialah kerusi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. PH mempertaruhkan bekas naib presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin di situ.
"Saya berasa sedih apabila segala usaha dan khidmat bakti saya di Tangga Batu selama lebih enam tahun tidak diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya," katanya.
Dia berkata ia bertentangan dengan kelaziman politik di mana pemimpin tertinggi akan dipilih untuk menjadi calon di kawasan yang dipimpin mereka.
Rafiq berkata dia tidak akan bertanding pada PRU15 sebagai calon bebas mahupun untuk mana-mana parti.
Sebaliknya, katanya lagi, dia akan terus berkhidmat di Tangga Batu melalui NGO.
Pada 2018, Rafiq menang kerusi DUN Paya Rumput di Melaka ketika Bersatu menjadi sebahagian daripada PH.
Dalam PRN Melaka pada tahun lalu, dia bertanding di Telok Mas tetapi tewas kepada BN.
Berikutan kekalahannya itu, dia meletakkan jawatan sebagai ketua Bersatu Melaka dan PN Melaka.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment