NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq, berehatlah..

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

SYED SADDIQ, BEREHATLAH

31 Oktober 2022 | 05 Rabiul Akhir 1444H

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang perkembangan semasa ahli politik muda Syed Saddiq, yang kini terpalit kes mahkamah membabitkan kesalahan pecah amanah dan penggubahan wang haram adalah suatu perkembangan yang telah menjejaskan lagi kepercayaan anak muda terhadap ahli politik.

2. Meskipun begitu, Pemuda PAS Malaysia tetap berpegang dengan prinsip seseorang individu tersebut tidak bersalah sehinggalah dibuktikan oleh pihak berautoriti. Dalam konteks ini, Pemuda PAS meletakkan kepercayaan yang tinggi atas ketelusan dan proses kehakiman di negara kita.

3. Maka, Pemuda PAS menyarankan kepada Syed Saddiq agar berehat daripada politik sehinggalah kes mahkamah beliau selesai. Kita tidak mahu kepercayaan anak muda terhadap politik negara semakin diragut hanya kerana Syed Saddiq mahu dilihat 'kuat'.

4. Syed Saddiq sebagai figura anak muda sepatutnya berjiwa besar sebagaimana presiden UMNO pada 2018 dahulu yang berehat daripada memimpin UMNO kerana telah terpalit dengan kes mahkamah. Jika UMNO boleh buat kenapa YB MUDA terpaling bersih seperti Syed Saddiq tidak boleh berbuat sedemikian juga?

5. Siakap senohong, gelama ikan duri; manifesto bohong, sekarang hendak mencuri?. Cukuplah Syed Saddiq, berehatlah sebentar dan pulihkan imej anda. Tiba masanya anda berlaku adil dengan kata-kata anda selama ini.

Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PrihatiN
#BersihdanStabil
#PNBEST

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo