NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika Najib Bukan Dalam Penjara....


Jika mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan di penjara, pasti beliau sedang menjawab dakwaan terbaru Anwar Ibrahim dengan mudah ketika ini.

Dakwaan terbaru Anwar konon beliau tidak mahu jadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin letak jawatan kerana Najib minta dia tandatangani satu surat.

Konon surat perakuan sebagai jaminan akan lepaskan Najib daripada kes mahkamah jika Najib bersetuju menyokongnya jadi Perdana Menteri.

“Saya nak beritahu, sebelah kaki saya dah ada di Istana Negara untuk angkat sumpah pada keesokan hari.

“Malam itu Najib minta saya tandatangani perakuan untuk beri jaminan agar dia bebas daripada hukuman.

“Saya kata saya tak boleh kerana ini soal prinsip. Kalau saya (lupakan prinsip) dan tandatangan, dah lama saya masuk istana angkat sumpah”

Apakah ada sesiapa yang begitu bodoh akan percaya mendengar kata-kata terbaru Anwar ini?

Apakah sesiapa begitu naif untuk terfikir Najib akan ‘mengkantoikan’ dirinya secara rasmi dan bertulis?

Najib boleh gunakan surat itu untuk apa? Untuk diajukan kepada mahkamah supaya membebaskan beliau?

Atau jika Anwar tidak menunaikan janji, maka najib boleh mengambil tindakan perundangan ke atasnya?

Barangkali Anwar fikir kebanyakan rakyat adalah bodoh dan kurang berilmu maka senang `dikencingi’ lagi.

Kesimpulannya inilah sebab nyata mengapa pembangkang sangat gembira Najib dipenjarakan sebelum PRU15.

Kini mereka boleh mencipta apa sahaja tuduhan palsu terhadap Najib tanpa Najib boleh berbuat apa-apa.

Mohd Arshad



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo