NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seoul menangis... Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Mereka cuba menolak antara satu sama lain untuk mencari ruang bernafas.Seorang mangsa terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain akibat ditolak. - REUTERS/Kim Hong-ji

ITAEWON di Seoul, Korea Selatan memang menjadi 'tuan rumah' bagi sambutan Halloween sejak sekian lama, namun sejak pandemik melanda, acara itu telah tertunda dan amat dinanti-nanti penggemarnya.
Sebagai sebuah destinasi di Asia yang popular dengan sambutan itu, pengunjung dari luar Seoul dan pelancong asing dari negara serantau turut teruja. Mereka mencatatkan penganjuran di daerah yang terkenal dengan hiburan malam itu sebagai acara 'mesti pergi' dalam kalendar percutian mereka.
Apatah lagi sejak kerajaan melonggarkan peraturan tentang syarat berhimpun di tempat awam, yang sebelum ini dijaga ketat kerana merupakan salah satu strategi mengekang COVID-19. Oleh itu, penganjuran sambutan Halloween kali ini mencetus keinginan ramai yang 'luar biasa'.
Namun apa yang terjadi pada Sabtu malam lalu amat mengejutkan dan memilukan. Insiden rempuhan pengunjung ketika sambutan perayaan Halloween di situ menyaksikan 151 orang maut.
Memetik laporan CNN, kejadian yang berlaku di daerah Itaewon itu turut menyebabkan 156 orang cedera.
Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol hari ini mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan insiden rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul.
Apa yang perlu diketahui mengenai tragedi ngeri ini?
1) Kota yang sudah sedia padat
Umum perlu ketahui bahawa bandar raya Seoul sendiri sudah padat dengan populasi sejumlah 10 juta orang. Tanpa keraian seumpamanya, penduduk tempatan sudah sedar akan suasana keramaian dan kesesakan harian. Sekarang ditambah pula dengan penganjuran pesta malam Halloween yang membuatkan lebih ramai orang dari luar Seoul tiba di kota itu, lalu memenuhi kawasan utama, baik di jalanan yang luas mahupun lorong sempit di sekitarnya.
2) Mangsa remaja.
Dianggarkan seramai 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk sambutan Halloween yang terbesar dan diadakan di kawasan terbuka sejak pandemik bermula. Sebahagian besar mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi adalah remaja dan orang dewasa berusia 20-an.
3) Serangan jantung penyebab kematian
Disebabkan terperangkap di lorong yang sempit, keadaan menjadi tidak terkawal seterusnya menyebabkan ramai daripada mereka mengalami sesak nafas. Mereka cuba menolak antara satu sama lain untuk mencari ruang bernafas. Seorang mangsa terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain akibat ditolak.
4) Kostum Halloween jadi kostum kematian
Ramai mangsa terbaring di jalan raya memerlukan bantuan pernafasan dilihat memakai pelbagai kostum sambutan Halloween.
5) Ribuan petugas kecemasan dihantar ke lokasi kejadian
Lebih daripada 1,700 petugas perubatan kecemasan diarah untuk turun ke lokasi kejadian termasuk 517 anggota bomba, 1,100 pegawai polis dan kira-kira 70 kakitangan kerajaan.
6) Sukar mengenal pasti identiti mangsa
Pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenal pasti mangsa. Mereka juga telah meminta bantuan keluarga mangsa mengecam mayat ahli keluarga mereka.
7) Pelancong asing meninggal dunia
Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan tersebut, termasuk antaranya berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway. Kerajaan bandar Seoul juga menerima banyak laporan tentang kehilangan pelancong asing.
8) Jumlah mangsa mungkin bertambah
Laporan terkini memaklumkan setakat ini seramai 151 orang dilaporkan meninggal dunia. Pihak berkuasa kesihatan tempatan menjangka angka itu mungkin akan terus meningkat. Ini kerana mangsa yang cedera dan kritikal yang kini dirawat di hospital juga agak ramai. Kerajaan juga akan membantu proses pengebumian dan menggerakkan perkhidmatan perubatan kecemasan untuk merawat pesakit termasuk menugaskan penjawat awam bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Sumber I Astro Awani 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo