Bersemutar ini terkadang juga dililit tujuh (7) kali yang menunjukkan tujuh (7) campuran manusia yang di warisi dari zaman nabi Allah Adam; tulang, daging, kulit, rupa , darah, otak dan bulu-bulu. Selain dari tujuh (7) yang di warisi, tujuh (7) juga merupakan angota tubuh yang perlu dijaga bagi menjamin kepada keperibadian kita iaitu; mata, telinga, lidah,perut, kemaluan, kaki dan tangan. Tujuh (7) juga merujuk pada kalimah yang merupkan kunci syurga; “laillahhaillahmuhamadul rasullulah” dan tujuh (7) juga merujuk kepada nafsu ; ammarah, lauwamah, mulhamah, mutmainnah, radhiah , mardhiah dan nafsu kamilah.

Semutar diikat dan disimpul dengan caranya yg tersendiri dengan penuh makna berdasarkan pada si pemakai; semutar hulubalang bersenung (hulubalang di raja), semutar kesum berjambak (pemimpin kerana daun kesum yang wangi dan sedikit pedas dapat menghilangkan bau-bau yang tidak di perlukan / masalah negara), semutar burung rajawali (pahlawan-pahlawan terhandal), semutar orang laut, semutar orang bukit dan banyak lagi dengan maksud dan peranan yang berbeza.

Sumber Asal Artikel : Facebook Raja Rusmin

Secara kesimpulannya, Kain lepas ni merupakan pakaian orang Kelantan pada zaman dulu-dulu yang dijadikan sebagai pakaian harian oleh golongan lelaki atau wanita.

Pada asalnya pakaian kepala ini bertujuan untuk mengawal rambut tetapi lama kelamaan cara melilit kepala dengan kain menempuh evolusi berasaskan demografi serta perkembangan sosioekonomi dan budaya sehingga menjdi satu kesenian bangsa Melayu yang terkenal.

Antara kegunaan lain kain ini adalah sebagai pengikat pinggang, bengkong, buat lapik solat, kain basahan semasa mandi, senjata, menutup jenazah dan lain-lain lagi.

Ini antara budaya masyarakat melayu di Kelantan dan ada diantara orang siam Kelantan juga menjadikan kain lepas sebagai pakaian harian.