NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda

Ismail Sabri berharap rakyat di Parlimen Bera dapat memberikannya majoriti lebih baik berbanding PRU lalu. - Gambar/ Bernama

BERA: Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manifesto itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
"Manifesto Barisan Nasional (BN) itu saya difahamkan akan dilancarkan esok atau lusa.
"Mesti ada berita baik, anak muda merupakan pengundi automatik yang baru mesti ada 'something' yang besar untuk mereka," katanya ketika ditemui media ketika Majlis Kenduri Rakyat di Surau Sri Buntar di sini pada Ahad.
Tambah Perdana Menteri, meskipun ramai pengundi muda pertama kali mengundi pada PRU15, ia bakal memberi impak yang signifikan.
Jelas Ismail Sabri, beliau yakin golongan itu akan bersama BN pada 19 November depan.
"Saya harap wave mereka ke arah kita, seperti tadi saya jumpa kumpulan riders bermotor, lebih kurang 3,000 lebih riders dari Bera.
"Mood-nya sama kalau ini wave-nya saya fikir orang muda akan bersama BN. Seperti dalam Bajet (2023) banyak faedah untuk orang muda, menerusi cash e-Pemula dan pelbagai lagi kita berikan secara direct dan pinjaman," katanya lagi.
Dalam pada itu di Bera jelas Ismail Sabri, harapan disandarkan agar rakyat di Parlimen itu dapat memberikannya majoriti lebih baik berbanding PRU lalu.
"Saya kata yang pentingnya lebih besar majoritinya dulu saya dapat 2,300 majoriti sekurang-kurangnya dapat majoriti 5,000 ke 10,000 yang diharapkan kali ini. Itu sasaran kita pada PRU15.
"Bagus di kalangan pengundi Melayu memang sambutan yang amat baik, pengundi India saya dah jumpa sewaktu sambutan Deepavali dan malam ini saya akan berjumpa dengan pengundi Cina," katanya lagi.

Sumber I Astro Awani 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo