NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi arah konsert hiburan cetus kelakuan diluar tatasusila tidak dibenarkan di seluruh Kedah

Penganjuran Muda Mudi Weekend Fest yang melibatkan konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah. 

Kejadian muda mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh meransang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak.

Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing, dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan.

Semua Pegawai Daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan telah dimaklumkan tentang hal ini dan arahan ini berkuatkuasa serta merta.

Muhammad Sanusi Md Nor
3/10/2022.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo