NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli parlimen Umno tak boleh paksa PM adakan pilihan raya - Anwar

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan Umno bahawa hak prerogatif untuk memanggil pilihan raya umum kekal berada di tangan perdana menteri bukan ahli parlimen secara individu.

"Umno berapa kerusi? 38? Dalam sistem kita 38 ahli parlimen tidak boleh paksa keputusan," katanya kepada pemberita di Subang Jaya hari ini.

Umno kini mempunyai 37 ahli parlimen di Dewan Rakyat dengan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara kerana rasuah.

"Keputusan harus dibuat dengan wewenang PM. Sekiranya PM itu mempunyai kekuatan untuk bertindak dengan waras sebagai perdana menteri," kata Anwar selepas pelancaran buku terbarunya, “Script For a Better Malaysia.”

Presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Tertinggi Umno supaya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat dan memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 pada tahun ini.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sejak itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikritik kerana dikatakan mahu mengadakan PRU15 tidak lama lagi tanpa mengambil kira kepentingan awam, terutamanya apabila musim tengkujuh membawa risiko cuaca buruk dan bencana banjir.

Sementara itu, Anwar berkata PH akan meneliti sokongan terhadap Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di parlimen pada 7 Okt.

"Kita sedang teliti dan kita nak tekankan soal pengurusan kerajaan dan rasuah, projek-projek yang tak telus termasuk pembekalan perubatan.

"Termasuk vaksin, kontrak, sampai sekarang tidak ada ketelusan," katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menjelaskan dia telah memfailkan usul di Dewan Rakyat, termasuk mengenai kejatuhan ringgit.

Terdahulu, Anwar hadir diskusi panel mengenai buku terbarunya, yang diterbitkan oleh badan pemikir Institut Darul Ehsan dan Pusat Polisi Pascanormal & Kajian Masa Depan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo