NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronnie Liu bakal keluar DAP

KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Ronnie Liu akan bertindak keluar daripada parti dalam masa terdekat.

Ketika dihubungi The Star pada Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu berkata terpaksa membuat keputusan tersebut kerana tiada pilihan.

Liu bagaimanapun enggan mengesahkan bila tarikh sebenar beliau akan meninggalkan parti tersebut, termasuk jika akan berbuat demikian pada Ahad.

Sebaliknya, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, tersebar khabar angin mendakwa Liu yang terkenal sebagai ahli yang setia kepada DAP selama beberapa dekad, bakal meninggalkan parti itu disebabkan kemelut dalaman.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo