NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TunM jangka UMNO boleh menang PRU-15, Ismail Sabri pula bakal tersingkir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin UMNO akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun parti itu akan berdepan krisis dalaman.

Bercakap kepada Nikkei, bekas Perdana Menteri itu berkata, UMNO tidak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui negara.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilihat tidak senada dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai tarikh membubarkan Dewan Rakyat, bagi memberi laluan untuk mengadakan PRU-15, tahun ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir meramalkan Ismail Sabri tidak akan dilantik semula bagi menerajui kerajaan dan mungkin digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjawat jawatan berkenaan.

"Beliau (Mohamad) paling kurang terbabit dengan jenayah," katanya yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Dr Mahathir berkata, UMNO berpeluang untuk menang pada PRU-15 kerana mempunyai 'banyak wang'.

Ini bukan kali pertama beliau meramalkan Umno akan menang pada PRU, selain Dr Mahathir pada Ogos lalu, berkata UMNO akan 'menang besar', jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemu bual agensi berita AP, berkata kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong UMNO.

Beliau mendakwa, ini berikutan pengundi sudah ditawarkan wang dan insentif lain.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo