NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkah PAS dan pendirian Zahid dipuji

Bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa memuji tindakan PAS yang terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan ummah serta pendirian presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka pintu rundingan.

Annuar berkata, tindakan dua pemimpin parti politik Melayu ini dilihat bersungguh-sungguh mahukan penyatuan ummah dapat dijayakan.

"Tindakan PAS terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan patut dipuji.

"Ia menepati maksud dan panduan syariah dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan yang lebih besar.

"Ia terus membuka pintu perundingan dan perbincangan. Begitu juga Umno, presiden telah membuka kunci permuafakatan, kerana hati kecilnya dan para pemimpin mahukan umat yang bersatu," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, mesyuarat PAS hari ini tidak membuat sebarang keputusan muktamad berhubung kerjasama Umno dan PAS dalam PRU15.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan kekal meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan Umno dan Bersatu.

Abdul Hadi berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung kerjasama dengan Umno, di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

malaysiakini logo
story-image
mk-logo
BERITA
Annuar puji langkah PAS, gembira pendirian Zahid
Diterbitkan: Oct 8, 2022 8:00 PM
Dikemaskini: 8:00 PM
ADS

6
Bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa memuji tindakan PAS yang terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan ummah serta pendirian presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka pintu rundingan.

Annuar berkata, tindakan dua pemimpin parti politik Melayu ini dilihat bersungguh-sungguh mahukan penyatuan ummah dapat dijayakan.

"Tindakan PAS terus mengekalkan hasrat mencari kesepakatan patut dipuji.

"Ia menepati maksud dan panduan syariah dalam mencari kebaikan dan menolak kemudaratan yang lebih besar.

ADS

"Ia terus membuka pintu perundingan dan perbincangan. Begitu juga Umno, presiden telah membuka kunci permuafakatan, kerana hati kecilnya dan para pemimpin mahukan umat yang bersatu," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, mesyuarat PAS hari ini tidak membuat sebarang keputusan muktamad berhubung kerjasama Umno dan PAS dalam PRU15.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan kekal meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan Umno dan Bersatu.

Abdul Hadi berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung kerjasama dengan Umno, di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

ADS

"PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan 'komitmen' ketiga-tiga parti teras Melayu bagi menghadapi PRU 15," ujarnya.

Untuk rekod Ahmad Zahid pada 4 Oktober lalu meletakkan tiga syarat kepada PAS jika parti itu ingin menjalinkan kerjasama, iaitu keluar dari Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi berpisah daripada PN dan Bersatu.

Dalam pada itu Annuar berkata, agama Islam sememangnya mahukan umatnya sentiasa bersatu padu dan tidak bercerai berai.

"Kita sememangnya diperintahkan Allah SWT agar berpegang teguh pada tali Allah SWT dan tidak bercerai berai.

"Teruskanlah usaha, kerana di mana ada daya, di situ ada jaya,"katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo