NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Risiko hilang undi Melayu, tapi putus kerjasama dengan PAS ada‘positif’ untuk BN, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Kegagalan Barisan Nasional (BN) untuk terus menjalin kerjasama dengan PAS dilihat sebagai perkembangan positif bagi parti itu, sungguhpun kemungkinan besar berdepan risiko kehilangan undi Melayu, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) menyifatkannya perkara baik bagi BN, kerana tanpa PAS aspek kesederhanaan berpolitiknya dapat dikekalkan.

“Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berunsur ekstrem atau melampau yang sering menuduh parti lain tidak sehaluan, dengan pelbagai label mahupun persepsi sememangnya merosakkan imej Islam yang selama ini menjadi imej parti itu sendiri.

“Maka ia mencetuskan rasa ketidakselesaan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam, tetapi juga masyarakat bukan Islam,” katanya kepada FMT.

Penulis politik Sayuti Omar berkata, sungguhpun BN mungkin kehilangan teras sokongan Melayu-Muslim tanpa jalinan kerjasama dengan parti Islam itu, keputusan berkenaan dapat mengelak kesan negatif khususnya politik persepsi akibat PAS.

“Seperti orang Sabah terutamanya kaum Bumiputera, mereka tidak suka akan sikap radikal atau sifat ekstrem diamalkan PAS. Kalau bersama PAS, pembahagian kerusi kepada parti itu boleh membawa masalah kepada imej kesederhanaan BN sehingga menjejaskan peratusan kemenangan dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada FMT.

Pada 15 Okt, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong BN bergerak solo pada PRU15 bagi mengekalkan imej parti itu yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan.

Presidennya Joseph Kurup berkata keputusan itu juga mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat berbilang kaum. Katanya, parti itu percaya kerjasama yang bakal dijalin antara BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN).

Umno dan BN memutuskan bergerak solo pada PRU15 selepas PAS membuat ketetapan untuk kekal dengan PN. Hadi dilaporkan berkata parti itu memilih untuk merapatkan barisan dan memperkukuh hubungan dengan PN bagi menghadapi PRU15.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pula berpendapat PBRS pastinya sudah mendapat maklum balas bahawa kerjasama dengan PAS tidak mendapat sambutan baik dalam kalangan pengundi sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Ini menunjukkan GRS-BN tidak sebulat suara dalam keputusan berkaitan pilihan raya, yang seolah-olah menandakan wujudnya isu dalaman BN,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo