NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kakak tikam adik selepas berebut tempat duduk dalam kereta


PETALING JAYA:
Seorang remaja perempuan menikam adik lelakinya hingga maut selepas berselisih faham akibat berebut tempat duduk kereta ketika pulang sekolah dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang dan hasil siasatan mendapati ia berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

Katanya, daripada keterangan daripada ibu mangsa, anak lelakinya berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah keluarga.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini, bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya lapor Harian Metro.

Berikutan itu, suspek kini ditahan dan polis akan memohon untuk mendapatkan perintah tahan reman terhadap remaja berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan bedah siasat akan dijalankan esok.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo