NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno ‘parti penuh jenaka’, kata Abd Latiff Ahmad


PETALING JAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abd Latiff Ahmad berkata, Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob tidak wajar mengeluarkan kenyataan gurau dan sinikal, terutama ketika berucap dalam program politik.

Beliau merujuk kenyataan Ismail yang berseloroh mahu memecat menteri Perikatan Nasional (PN) yang tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen.

“Sekarang ini, Umno dilihat sebuah parti yang penuh dengan jenaka.

“Orang lain boleh bergurau, tetapi perdana menteri tak berbohong. Walaupun saya tahu beliau bergurau…kenyataan saya sebelum ini kata itu bergurau dan sinikal, tetapi sebagai perdana menteri , beliau sepatutnya tak perlulah berseloroh begitu,” kata Latiff ketika dihubungi FMT.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, PN tidak bergurau ketika menyokong Ismail menjadi perdana menteri untuk menghalang kleptokrat.

“PN amat serius apabila kita menyatakan beliau mesti menghalang para kleptokrat mempengaruhi kepimpinan negara,” kata menteri belia dan sukan itu.

Terdahulu, Ismail hari ini dilaporkan mengakui hanya berseloroh ketika membuat kenyataan mahu memecat 12 menteri PN. Ini selepas Abd Latiff mengecam kenyataan “pecat menteri” itu dengan berkata, menteri Kabinet boleh meletak jawatan lebih awal kerana mempunyai “maruah”.

Ismail berkata, jika kenyataan tersebut serius, sudah pasti akan berlaku pemecatan dalam kalangan menteri PN, termasuk Latiff.

Latiff sebelum ini terkilan dengan kenyataan Ismail bahawa 12 menteri PN boleh dipecat kerana mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pembubaran Parlimen.

Isnin lalu, Ismail dalam ucapannya ketika Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Perak di Bagan Datuk, mendedahkan beliau ada memberi “bayangan” mengenai pembubaran Parlimen kepada Kabinet.

Bagaimanapun, kenyataan naib presiden Umno itu disangkal Latiff yang berkata, Ismail tidak pernah meminta mandat anggota Jemaah Menteri mengenai tarikh pembubaran Parlimen.

Katanya, Ismail hanya menyatakan beliau ingin mengutamakan persediaan bencana, monsun timur laut dan kos barangan (ekonomi), berbanding pilihan raya umum ke-15.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo