NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Calon UMNO dimuktamad dalam masa sehari dua - Mahdzir

Mahdzir berkata, UMNO masih mempunyai masa untuk memuktamadkan senarai calon sebelum hari penamaan pada 5 November. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Senarai calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dimuktamad dalam masa sehari dua lagi, kata Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata masih ada masa sebelum perkara itu dimuktamadkan kerana tarikh penamaan calon ialah pada 5 Nov depan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"...tak banyak dah yang nak diselesaikan (muktamadkan senarai calon)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB di sini hari ini. 

SPR menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.
Ditanya sama ada terdapat muka baharu yang bertanding pada PRU15, Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata: "Perkara itu sudah tentu dan itulah yang sering berlaku dalam setiap PRU."
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo