NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jaga tatasusila, tolak ansur ketika beri pandangan mengenai PRU15 - MCMC

MCMC terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan jelik membabitkan unsur 3R iaitu Raja, Agama dan Kaum.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan pengguna media sosial agar menjaga kesopanan dan tatasusila serta bertolak ansur ketika memberi pandangan atau membuat sebarang ulasan berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).
"Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu.
SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Orang ramai boleh melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui portal aduan di pautan https://aduan.skmm.gov.my/ atau melaporkan mengenai berita palsu menerusi pautan https://sebenarnya.my/salur/.
"Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat," menurut MCMC.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Nov sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 15 Nov dan hari mengundi 19 Nov depan.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo