NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH gesa SPR permudahkan 200 ribu pengundi daripada Singapura untuk mengundi

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mencari jalan memudahkan 200,000 rakyat Johor yang bekerja atau menetap di Singapura untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"PH Johor menyarankan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memastikan kakitangan di setiap sempadan Johor-Singapura mencukupi bagi melancarkan pergerakan perjalanan keluar masuk pengundi yang pulang mengundi 19 November ini.

"Pihak SPR perlu menjemput semua parti politik bagi membincangkan perjalanan PRU15 dengan kadar segera. Kelembapan SPR untuk menjemput parti politik dalam membincangkan perjalanan PRU15 akan menjejaskan kelancaran dan ketelusan perjalanan PRU15," menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama melibatkan Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan tiga Timbalan Pengerusi PH Johor iaitu Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh dan Liew Chin Tong.

PH Johor juga menegaskan bahawa setiap langkah-langkah itu harus dilaksanakan secara telus, adil, dan terbuka.

"Kami percaya, sistem pilihan raya yang adil dan telus akan memudahkan pengundi Malaysia di Singapura untuk mengundi pada PRU15 demi masa depan yang lebih baik buat tanah air tercinta," katanya.

Pada 27 Oktober, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia yang menetap di Singapura menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRU15.

"Saya ingin mengingatkan tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan untuk mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang walaupun (tinggal) jauh sikit tetapi hati mesti tetap menunaikan tanggungjawab yang lebih berhak sebagai pengundi," titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah berkenan bertitah demikian ketika berucap pada Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La, di Singapura pada malam Khamis.

Admin : 200 ribu fix diposit PH bekerja di Singapura ?


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo