NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Phahrolrazi sifatkan pemecatannya tidak adil


ALOR SETAR:
Bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menyifatkan pemecatannya dari parti berkenaan adalah tidak adil.

Menurut Phahrolrazi, keputusan untuk memboikot calon DAP di Parlimen Jerai adalah hasil perbincangan kesemua Jawatankuasa Perhubungan Amanah Kedah dan bukan tindakan beliau sendirian.

"Saya hendak jelaskan bahawa keputusan mengenai memboikot pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-15) sekiranya Jerai tidak diberi kepada Amanah dibuat oleh Mesyuarat Perhubungan Negeri, bukan satu keputusan berseorangan.

"Jadi tindakan mereka atas asas itu memecat saya (tidak adil)… sepatutnya mereka pecat semua jawatankuasa perhubungan, atas alasan itu baru adil… tidak boleh memecat (saya) seorang kerana keputusan dua kali mesyuarat Jawatankuasa Amanah Negeri, bila tindakan kepada saya (sahaja) adalah tidak adil," kata beliau.

Phahrolrazi berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 di Wisma Darul Aman, di sini, pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Phahrolrazi menegaskan, keputusan Amanah memecatnya beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak tepat dan merugikan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas mengenai hubungannya bersama kepimpinan Amanah lain di Kedah, beliau berkata, ia masih berada dalam keadaan baik, namun, menyifatkan kesemua mereka patuh kepada arahan di peringkat nasional.

Kata Phahrolrazi, situasi dalam kepimpinan Amanah Kedah amat berbeza dengan pendirian dirinya yang berusaha dengan pelbagai cara dalam memastikan kerusi Parlimen Jerai dikembalikan kepada parti itu.

Semalam, Phahrolrazi sah dipecat daripada parti berkenaan berkuatkuasa serta- merta.

Keputusan berkenaan diputuskan selepas Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara yang bermesyuarat pada hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu telah melanggar Perlembagaan, mengingkari keputusan-keputusan dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti.

Menerusi satu kenyataan media, Setiausaha Agung Amanah, Datuk Hatta Ramli memaklumkan keputusan itu dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2 (b) Perlembagaan parti.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo