NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tampil dua calon wanita di Kelantan


KOTA BHARU:
PAS akan menampilkan dua calon wanita di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding hanya seorang pada pilihan raya lepas, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada PRU14, PAS Kelantan hanya memiliki seorang calon wanita iaitu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang mewakili Parlimen Rantau Panjang.

“Ada pertambahan satu kerusi Parlimen yang menonjolkan calon wanita dan perkembangan. Ini menjadikan dua daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan bakal ditandingi calon wanita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Persatuan Bola Keranjang Kelantan, di sini hari ini.

PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada 3 Nov. – BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo