NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tak janji kosong, ada integriti tulisan Terengganu Strategic & Integrity Institute



KALAU kita perhatikan, ramai ahli politik sama ada yang ada jawatan atau pun tidak akan berbicara soal integriti dan wibawa terutamanya musim pra PRU-15 yang semakin hangat.

Era maklumat di hujung jari pada hari ini memudahkan kita untuk semak dan imbang, siapakah antara mereka hanya sembang gajah terbang, ataupun yang benar-benar menghayati makna integriti dan diterjemahkan melalui tindakan. Jom kita tengok macam mana PAS melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti melalui negeri yang diterajui oleh PAS:

Terengganu

Hampir 65 peratus hutang kerajaan lama (Umno) sebanyak RM773 juta dapat dilangsaikan dalam masa 3 tahun sahaja. Pada masa yang sama, Kerajaan juga berjaya meningkatkan pendapatan negeri dan mencapai pertumbuhan ekonomi ke-3 tertinggi antara semua negeri di Malaysia bagi tahun 2021.

Masalah stadium runtuh yang tak dapat diselesaikan selama 2 penggal (2008-2017) oleh kerajaan yang diperintah oleh Umno akhirnya dapat diperbaiki dan dimanfaatkan sepenuhnya pada era pemerintahan PAS (2018-2022). Bahkan ia menjadi antara stadium bola sepak terbaik di Malaysia.

Mengembalikan semula hampir 80 peratus tanah yang telah dirampas oleh kerajaan Umno kepada rakyat. Daripada 8,834 permohonan, sebanyak 6,785 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga 2022.

Kedah

Integriti berjaya menghasilkan produktiviti. Kerajaan Negeri berjaya mengutip hasil berjumlah sehingga RM688 juta pada tahun 2021, antara yang tertinggi bagi Negeri Kedah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antara faktor utama, PAS mengamalkan amalan tadbir urus yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pegawai Kerajaan Negeri mengikut profesional dan bidang kepakaran mereka. Tiada cengkaman politik kepada para pegawai.

Integriti membuahkan kepercayaan pihak luar untuk melabur di Negeri Kedah. Berbanding tahun 2020, Kedah berada di kedudukan ke-8 antara semua negeri di Malaysia dari sudut jumlah pelaburan dan melonjak naik kepada kedudukan ke-2 pada tahun 2021. Jumlah pelaburan di Kedah RM68.3 bilion (2021), merupakan yang tertinggi dalam sepanjang sejarah negeri.

Menyelesaikan isu permohonan tanah rakyat dengan lebih cepat dan efisien. Mesyuarat kelulusan tanah yang dibuat selama 2 kali setahun oleh kerajaan terdahulu dapat diselesaikan dengan kekerapan mesyuarat kelulusan tanah selama 2 kali sebulan pada era pemerintahan PAS.

Kelantan

PAS kekal bersih daripada kes rasuah walaupun telah 32 tahun memerintah Kelantan sejak 1990. Berbeza dengan parti yang diberikan amanah memerintah hanya 22 bulan, terus terpalit dengan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit, apatah lagi parti yang telah memerintah negara selama 60 tahun.

Walaupun mempunyai pendapatan negeri yang terhad, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang kerana negeri ini tidak akan menghadapi situasi kekurangan makanan sekiranya berlaku krisis bekalan makanan ekoran Kadar Sara Diri atau Self Sufficiency Level (SSL) bagi Negeri Kelantan pada tahun 2020 yang tinggi bagi makanan asas seperti berikut:

Beras – 208 peratus,
Kelapa – 196 peratus,
Kambing atau biri-biri – 190 peratus,
Buah-buahan – 117 peratus,
Sayur-sayuran – 98 peratus,
Ikan – 93 peratus.


Kelantan berjaya kekalkan keluasan hutan simpanannya. Sehingga 2021, Hutan Simpanan Kekal Kelantan mempunyai keluasan tertinggi di Semenanjung dan Ketiga Tertinggi di Malaysia. Untuk makluman, daripada semua negeri di Malaysia, keluasan Negeri Kelantan adalah yang ke-6 di belakang Sarawak, Sabah, Pahang, Perak dan Johor.

ASYRAF SALLEH
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo