NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Bagi Tanah Ke Anak Beranak?

PAS Bagi Tanah Ke Anak Beranak?

'PAS bagi tanah ke kroni, anak beranak', itulah yang dimainkan BN Terengganu.

Mungkin kerana rasa tercabar, naratif itu mereka mainkan untuk memburukkan PAS yang telah berjaya melunaskan 20 manifesto.

Hakikatnya BN menipu, 
Kerana ramai juga orang BN dan pemimpinnya yang mendapat tanah di zaman PAS.

Buktinya di bawah ini, Ketua Pemuda UMNO Telemong menerima tanah.

Oleh kerana dia layak, dia diberikan tanah, walaupun dia kuat menentang PAS, walaupun dia tak undi PAS, tapi kerana dia layak, dia dapat.

Itulah adil, memberi hak kepada yang layak, bukan adil versi BN, 'undi BN, baru dapat bantuan'.

Satu hal lagi di DUN Pengkalan Berangan, antara yang dapat adalah orang BN

Tiba di hari pemberian geran, separuh dari mereka tak hadir, kononnya tak percaya, bimbang ditipu sebagaimana di zaman Yahya Khatib dan Cikgu Latif.

Tapi kerana mereka layak, pihak JPKK menunjukkan geran yang ada nama mereka kepada mereka di rumah mereka.

Mereka terkejut dan tak sangka PAS tetap beri mereka tanah, bukan parti yang mereka sokong.

Banyal lagi bukti bergambar orang BN dapat tanah, saya dedah satu persatu.

Razak Bidin,
RNR Perasing.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo