NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SUPP tertekan untuk ‘hadiah’ kerusi Parlimen pada GPS


KUCHING:
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berdepan tekanan untuk menyumbang kerusi diperuntukkan pada pilihan raya umum akan datang memandangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengintai peluang untuk memenangi sekurang-kurangnya 25 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber parti memberitahu FMT, SUPP telah menyenarai pendek calonnya dan menyerahkan senarai itu kepada kepimpinan GPS untuk diluluskan.

“Kita serahkan kepada pengerusi GPS (Abang Johari Openg) untuk membuat keputusan. Kami telah diingatkan berkali-kali oleh Abang Jo bahawa adalah penting untuk mempunyai bilangan dan calon yang boleh menang yang berkualiti untuk mewakili Sarawak di Parlimen,” kata sumber itu.

Parti itu diperuntukkan tujuh kerusi tradisinya iaitu Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

Sumber itu berkata, kepimpinan SUPP sedar tanggungjawab parti untuk memberikan sebanyak mungkin kerusi sekiranya GPS terus memainkan peranan sebagai “king maker” di peringkat persekutuan.

Pada pilihan raya umum 2018, SUPP hanya menang di Serian melalui Timbalan Presiden Richard Riot. PRU14 menyaksikan prestasi terburuk parti itu dalam pilihan raya parlimen.

Dalam kalangan sekutunya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memenangi 13 daripada 14 kerusi yang ditandinginya, manakala Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif (PDP) memenangi separuh daripada kerusi yang mereka tandingi.

Keempat-empat parti Sarawak itu memenangi keseluruhan 19 kerusi, enam kurang daripada 25 dimenangi pada PRU13.

“Bagi membolehkan SUPP mencapai prestasi yang munasabah, ia perlu meletakkan calon boleh menang di ‘kerusi yang tradisi kalah” seperti Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu dan Miri,” kata sumber itu.

“Tetapi kepimpinan parti menentang idea untuk meletakkan ADUN sedia ada sebagai calon walaupun mereka popular dan mampu menang.

“Sebaliknya, parti telah mencadangkan calon yang mungkin tidak mempunyai peluang tinggi untuk menumbangkan calon “heavyweight” pembangkang.

Sumber itu berkata, parti perlu meletakkan presidennya dan ADUN Batu Kawah sekarang, Dr Sim Kui Hian, di Stampin, ADUN Repok Huang Tiong Sii di Sarikei, dan ADUN Piasau Sebastian Ting di Miri.

“Ketiga-tiga ini mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan semula tiga kerusi untuk GPS,” kata sumber mereka.

Difahamkan juga SUPP telah mencadangkan bekas ketua pemuda parti itu, Tan Kai, untuk Stampin manakala ahli majlis Jeffrey Phang dijangka bertanding di kerusi Miri.

Pada pilihan raya lalu, Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen memenangi kerusi Stampin manakala Dr Michael Teo dari PKR menang di Miri.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo