NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Netizen geli hati bila Zahid sembang pasal integriti


Beberapa hari lalu, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menyebutkan dalam satu ucapan yang ditularkan di media sosial. Beliau menyebutkan;

“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU ke-14. Bukan saya sahaja kena ‘caj’, Tok Mat..’you are in the waiting list…” Kemudian Zahid Hamidi memetik beberapa nama pemimpin BN dalam ucapannya sebagai “senarai bakal didakwa” jika BN kalah dalam PRU ke-15.

Begitulah sebahagian petikan ucapan beliau dalam majlis tersebut. Barangkali beliau sendiri tidak menyangka ucapan tersebut akan tersebar luas.

Zahid sewajarnya bimbang. Beliau masih berhadapan dengan pembelaan 47 kes salah laku terhadap penyelewengan kewangan Yayasan Akalbudi selepas pihak mahkamah mendapati terdapat prima facie dalam kes berkenaan.

Langkah pertama Zahid telah kecundang walaupun beliau masih boleh membela diri selepas ini. Kemenangan tiada prima facie dalam 40 kes salah laku berkaitan Visa Luar Negara (VLN) sebelum ini hanyalah sementara.

Suka atau tidak, subjek yang menghimpit pemimpin-pemimpin UMNO dalam soal integriti ini adalah kes Dato Sri Najib Razak yang telah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Ini belum lagi 25 kes pertuduhan RM2.28 bilion 1MDB, 6 kes pecah amanah (CBT) berjumlah RM6.64 bilion dana IPIC serta beberapa pertuduhan lain lagi.

Secara mudahnya, Najib Razak sudah menjadi liabiliti besar kepada UMNO meruntuhkan naratif UMNO pejuang melawan rasuah. Zahid pula berada dalam senarai menunggu.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo