NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bangsa Johor, ayuh keluar mengundi, tunaikan kewajipan memilih pemimpin


Firman Allah SWT :

ŁŠَŁˆْŁ…َ Ł†َŲÆْŲ¹ُŁˆْŲ§ ŁƒُŁ„َّ Ų§ُŁ†َŲ§Ų³ٍۢ ŲØِŲ§ِŁ…َŲ§Ł…ِŁ‡ِŁ…ْۚ ŁَŁ…َŁ†ْ Ų§ُŁˆْŲŖِŁŠَ ŁƒِŲŖٰŲØَŁ‡ٗ ŲØِŁŠَŁ…ِŁŠْŁ†ِŁ‡ٖ ŁَŲ§ُŁˆŁ„ٰۤŁ‰ِٕŁƒَ ŁŠَŁ‚ْŲ±َŲ”ُŁˆْŁ†َ ŁƒِŲŖٰŲØَŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠُŲøْŁ„َŁ…ُŁˆْŁ†َ ŁَŲŖِŁŠْŁ„ًŲ§.

Mafhumnya : “(Ingatlah), pada hari (ketika) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya, dan sesiapa diberikan catatan amalnya di tangan kanannya mereka akan membaca catatannya (dengan baik), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun”.

Surah Al-Isra’ : 71

Allah SWT telah mengingatkan hamba-Nya manusia bahawa mereka akan dibangkitkan di akhirat bersama pemimpin yang menjadi pujaan mereka semasa di dunia.

Jika pimpinannya baik, maka dia akan bersama dengan orang yang baik. Sebaliknya jika dia bersama pimpinan yang tidak baik maka ia akan dibangkitkan bersama-sama mereka di akhirat.

Peringatan ini menunjukkan kesyumulan Al-Qur’an yang menjadi panduan bagi umat Islam. Al-Qur’an memberikan garis panduan dalam segala lapangan termasuk yang berkaitan pemilihan ketua atau pemimpin.

Gendang Pilihanraya Umum PRU 15 telah dipalu. Ini menunjukkan isyarat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk keluar menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mengundi bagi memilih pemimpin yang baik, yang prihatin terhadap denyut nadi rakyat, yang berintegriti, bersih daripada rasuah dan mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi.

Perikatan Nasional Negeri Johor menyeru seluruh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor agar keluar mengundi dan memilih Perikatan Nasional sebagai wadah untuk diserahkan tanggungjawab mengurus tadbir negara yang tercinta ini.

‘Malaysia Sejahtera’

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Johor.

21 Rabi’ul Awwal 1444
18 Oktober 2022







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo