NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Doktor hairan perut bayi 38 hari terlalu kembung, bila periksa rupanya usus tersumbat punca dari ibu beri makan kurma


Baru-baru ini seorang doktor ada berkongsikan satu kes di mana seorang bayi berusia 38 hari didapati mengalami usus bengkak dan tersumbat yang memerlukan bayi berkenaan dibedah segera.

Pada awalnya, ibu kepada bayi berkenaan dikatakan datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan sedut kahak kerana bayi dikatakan selesema. Namun hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi itu tidak selesema, sebaliknya ada perkara yang pelik iaitu bayi berkenaan terlihat kembung.

Walaupun begitu doktor memberitahu tiada apa yang perlu dirisaukan kerana menurut si ibu, anaknya hanya minum susu badan sepenuhnya.

Namun siapa sangka, selepas beberapa hari, ibu kepada bayi berkenaan datang sekali lagi untuk membuat pemeriksaan dan selepas diselidiki rupa-rupanya bayi berkenaan ada diberi kurma yang sudah dikunyah.

Kejadian itu diceritakan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Hannani Kamarudin di laman sosial TikTok.

“Kita perasan bayi ini ada masalah kembung. Bila saya tanya, dia kata bayi tak ada masalah membuang. Muntah pun biasa sahaja, tak ada demam. Tapi bayinya menangis sahajalah. Tak boleh letak. Dia full breastfeed jadi kita tak risau sangatlah.

“Jadi saya nasihatkan jarakkan, saya takut dia overfeed. Kemudian lepas beberapa hari dia datang balik… kami dapati ini adalah bengkak pada usus bayi, sumbat pada usus besar jadi bayi alami kembung yang sangat kembung. Bayi ini memerlukan lepaskan sumbatan pada usus.

“Dia kata ada bagi kurma sikit yang dah dikunyah. Kita tak tahulah kalau itu penyebab dia sebab bayi hanya diberi susu ibu sahaja,” katanya.

Biarpun tidak pasti sama ada kurma adalah penyebab anak wanita itu mengalami bengkak usus, namun dia menasihati ibu bapa agar tidak mengambil mudah keadaan bayi dan segera ke klinik untuk menjalani X-Ray jika ada tanda berbeza bagi mendapatkan kepastian.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo