NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu berunding dengan anggota Kabinetnya untuk meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai perdana menteri.

"Justeru, saya berpandangan bahawa memandangkan pembubaran Parlimen dibuat mengikut Perkara 42 (b) Perlembagaan Persekutuan, tiada lagi keperluan bagi mendapatkan nasihat Kabinet di bawah Perkara 40 (1) dan Perkara 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

"Agong telah bertindak mengikut budi bicara baginda sendiri bagi membubarkan Parlimen atas permintaan Perdana Menteri mengikut Perkara 42 (b) Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak terikat dengan nasihat perdana menteri atau Kabinet dalam melaksanakan tugas baginda di bawah Perkara 42 (b). 

"Saya berpandangan bahawa memandangkan peranan dan kuasa mutlak untuk meminta Parlimen dibubarkan terletak sepenuhnya di tangan perdana menteri, hujahan pemohon yang mencabar kesahihan permintaan itu tidak mempunyai merit. Perdana menteri boleh meminta agar Parlimen dibubarkan tanpa nasihat Kabinetnya dan pada akhirnya, Agong mempunyai budi bicara sama ada menerima atau menolak permintaan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membenarkan permohonan Ismail, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan saman penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago yang difailkan pada 11 Oktober lepas.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo