NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jerman Benarkan Tanam 3 Pokok Ganja Bagi Setiap Rumah


BERLIN, 28 Oktober 2022
Jerman merancang untuk membenarkan penanaman tiga tanaman ganja di rumah bagi setiap individu dewasa.

Rancangan itu merupakan antara manifesto kerajaan gabungan yang diwakili oleh Social Democrats (SPD) dengan Greens dan Free Democrats.

Selain itu, kerajaan gabungan Jerman juga bersetuju untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dalam kalangan orang dewasa.

Menurut rancangan itu, orang ramai dibenarkan memiliki sehingga 30 gram ganja untuk penggunaan persendirian, manakala premis perniagaan dan farmasi berlesen dibolehkan menjual bahan tersebut.

Namun, rancangan itu belum mendapat kelulusan Parlimen, tetapi sudah menerima ‘lampu hijau’ daripada Suruhanjaya Eropah.

Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach berkata, rancangan itu bakal dikuat kuasa menjadi undang-undang pada 2024.

Sebelum ini, Kanada dan Uruguay juga membenarkan ganja untuk rekreasi.

Bagi Kesatuan Eropah (EU), hanya Malta yang membenarkan ganja untuk rekreasi.

Belanda pula enggan mengikuti langkah Jerman, sebaliknya hanya membenarkan penjualan ganja dalam kuantiti kecil di kafe.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, sebanyak 37 negeri dan Washington membenarkan ganja bagi tujuan perubatan, manakala 19 negeri lagi meluluskan penggunaan bahan tersebut untuk rekreasi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo