NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larry gantung 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM temasuk Zuraida


SHAH ALAM
- Kemelut yang melanda Parti Bangsa Malaysia (PBM) semakin parah apabila 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin digantung keahlian dan jawatan.

Menurut Datuk Larry Sng yang mendakwa masih presiden parti itu, tindakan tersebut dilakukan kerana penglibatan individu berkenaan yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinan.

"Berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii), saya membuat keputusan untuk mengantung individu ini daripada jawatan mereka dalam Majlis Tertinggi berkuat kuasa serta merta.

"Ini termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli biasa dalam PBM," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya pada Jumaat.

Mereka yang digantung ialah Haniza Mohamad Taha, Dr Daroyah Alwi, Rahimah Majid, Dr Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Muniraa Abu Bakar, Datuk Chua Lian Chye, Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Tindakan tersebut dibuat sehari selepas Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid digantung jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, Larry menegaskan bahawa beliau menolak dan mengecam sebarang tindakan politik yang menjejaskan kepercayaan terhadap dirinya sebagai pemimpin sehingga menyebabkan kekeliruan ahli parti serta orang ramai.

"Jadi jawatan mereka akan digantung sehingga Jawatankuasa Disiplin dibentuk dan melihat perkara itu selepas pilihan raya," jelas beliau.

Sehubungan itu, satu mesyuarat Majlis Tertinggi akan dilaksanakan pada Ahad ini di Sarikei, Sarawak pada jam 4 petang bagi membincangkan dan menyelesaikan perkara itu dengan segera.

"Saya akan menggunakan Fasal 21 (ii) dalam Perlembagaan parti untuk membolehkan mesyuarat ini diadakan segera walaupun kurang tujuh hari notis seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

"Mereka yang digantung tidak akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini dan surat penggantungan sudah dihantar kepada mereka," ujarnya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo