NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ladang solar RM400 juta dibuka di Marang

Hemming (tengah) mendengar taklimat Mamad (dua, kanan) pada Majlis Pelancaran Operasi Komersial Projek Solar Coara Marang di Jalan Felda Rantau Abang 1. - Foto BERNAMA

MARANG: Coara Marang Sdn Bhd pada Rabu melancarkan ladang tenaga solar fotovoltaik (PV) di sini, antara ladang solar terbesar di Malaysia.
Pengarah Eksekutif Coara Solar Sdn Bhd Susan Hemming berkata Projek Solar Coara Marang yang melibatkan kos sebanyak RM400 juta itu telah dibangunkan di kawasan seluas 245 hektar dan ia merupakan hasil kerjasama dengan rakan niaganya dari Jerman, syarikat ib vogt GmbH.
"Pembinaan ladang solar ini bermula pada Februari 2021 dan berakhir pada April lepas. Ladang ini mencapai operasi komersial pada 17 Sept 2022.
"Ia akan mencapai kecekapan pengeluaran tenaga maksimum sehingga 116 MWp (Megawatt peak) dengan anggaran penghantaran tenaga bersih sebanyak 230 GWj (GigaWatt jam) setahun dan ia bersamaan dengan purata penggunaan tahunan 55,000 isi rumah," katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Operasi Komersial Projek Solar Coara Marang di sini pada Rabu.
Susan berkata penghasilan tenaga daripada ladang solar itu juga akan membantu meningkatkan kemampanan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan sehingga 120,000 tan karbon dioksida setahun.
"Kami berbesar hati dapat memainkan peranan positif dan menyumbang ke arah agenda perubahan iklim Malaysia dalam menjana tenaga bersih yang mampan, yang tidak menghasilkan pelepasan gas rumah hijau dan mengurangkan pencemaran udara," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif seumpama itu yang menyumbang ke arah pemerkasaan penggunaan teknologi hijau.
"Projek Solar Coara Marang merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk mencapai 31 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2025 yang kini telah mencapai sebanyak 25 peratus," katanya.
Selain itu, katanya pembinaan ladang solar itu juga menyediakan kira-kira 500 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di Marang.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo