NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hilang tonggak utama punca KUFC tewas

Pemain Selangor FC, Mohd Fazly Mazlan (kanan) diasak pemain Kelantan United FC (KUFC), Mohamad Khairul Rizam Che Soh pada perlawanan Piala Malaysia 2022 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan United Football Club (KUFC), menganggap kehilangan beberapa tonggak utama menjadi punca pasukan itu mudah dijinak Selangor FC, malam tadi. 

Nazrulerwan Makmor berkata, ketiadaan Julius Ofori Ziggy yang terpaksa menarik diri pada saat akhir sebelum perlawanan merencatkan taktikal pasukan. 

Katanya, pemain kelahiran Ghana itu membuat keputusan tidak bermain selepas mengalami masalah kesihatan yang dimaklumkan beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu.

"Kita juga ketiadaan Nik Akif (Syahiran Nik Mat) akibat digantung perlawanan, manakala import Jepun Masashi Motoyama pula mengalami kecederaan. 

"Tapi untuk perlawanan timbal balik nanti kita akan masukkan mereka," katanya. 

Nazrulerwan berkata, selain itu Selangor juga pasukan berpengalaman dan kegagalan KUFC mendapatkan gol sudah pasti dihukum dengan pelawat meraih tiga mata. 

"Kita kena faham, kalau gagal jaringkan gol, kita terpaksa terima hakikat akan kalah dengan pasukan berpengalaman seperti Selangor," katanya. 

Beliau bagaimanapun tetap berbangga dengan mentaliti anak buahnya yang memberikan persembahan 100 peratus bagi menentang gergasi merah kendalian Tan Cheng Hoe.

Beliau yang kembali membimbing skuad kijang hijau berkata, pasukan akan membuat beberapa pertukaran taktikal bagi perlawanan timbal balik di Selangor, minggu depan. 

Semalam, KUFC dikalahkan dengan dua jaringan gol daripada import, Herlison Caion yang memberikan bekal selesa buat pelawat.


Sumber I BH Online


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo