NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan bekalkan dron ke Rusia, Iran sedia bincang dengan Ukraine

Hossein Amir-Abdollahian menolak sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas beberapa negara mengenai penggunaan dron Iran oleh Rusia. - Reuters

TEHRAN: Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian pada Rabu menyangkal dakwaan yang menyatakan Iran membekalkan dron ke Rusia dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak berasas".
Sehubungan itu, Tehran bersedia untuk berbincang dengan Kiev mengenai perkara berkenaan, lapor Xinhua.
Amir-Abdollahian membuat kenyataan itu pada sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Belarus Vladimir Makei yang dalam rangka lawatan ke Tehran.
"Kami menolak sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas beberapa negara mengenai penggunaan dron Iran oleh Rusia dalam konflik di Ukraine. Kami mempelawa pihak berkuasa Ukraine untuk menghadiri mesyuarat dua hala dan mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu," katanya seperti dipetik Press TV.
Prinsip utama dasar Iran ialah membantah tindakan membekalkalkan senjata kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam konflik di Ukraine dan mengulangi pendirian Tehran yang tidak menyokong konflik yang sedang berlaku itu.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Ukraine dan negara-negara Barat menuduh Tehran mengeksport suicide drones ke Moscow untuk digunakan dalam konflik yang sedang berlaku di Ukraine.
Amir-Abdollahian berkata: "pada masa lalu kami telah mengambil senjata dari Rusia dan memberikannya juga senjata tetapi tidak semasa perang Ukraine"
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo