NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau Hadi Gerakan 'Langkah Sheraton', Mahathir pun setuju awalnya hebat Hadi


Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengakui beliau menjadi penggerak Langkah Sheraton pada 2020 yang menamatkan riwayat kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas parti pemerintah pada ketika itu dilihat berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Presiden PAS Abdul Hadi memang hebat boleh satukan UMNO-BERSATU termasuk yang lompat parti bersama demi untuk menyelamatkan rakyat daripada 22 bulan DAP menguasai PH. Islam dihina dan dipijak di negara ini.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu berkata, langkah itu dibuat selepas himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur menghalang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD).

“…selepas Presiden Bersatu (Muhyiddin Yassin) bersetuju, diadakan pula rundingan dengan Umno,

“Hasil persetujuan itu maka digerakkan langkah di mana Muhyiddin mengumumkan keluar daripada PH.

“Saya mencadangkan presiden Bersatu sebagai calon perdana menteri baharu,” lapor Harakahdaily memetik ucapan Hadi pada sebuah majlis di Terengganu semalam.

Hadi berkata, Umno turut bersetuju ketika itu sehingga muncul kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan PH.

“Kewujudan kerajaan PN bukan secara tebuk atap atau pintu belakang. Ini kerana pelantikan Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Pada penghujung Februari 2020, beberapa Ahli Parlimen PKR yang diketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bergabung dengan Bersatu, Barisan Nasional dan PAS merencana Langkah Sheraton bagi menumbangkan kerajaan PH yang baru berkuasa selama 22 bulan.

Kata Hadi lagi, Umno mahu PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu selepas parti itu mendapat jawatan perdana menteri menggantikan Muhyiddin.

Beliau mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang mampu mentadbir negara berlandaskan cara Islam.

“Jangan pilih pemimpin yang menabur duit dan membuat pelbagai janji,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo