NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mas Ermieyati calon pertama diumum PN


MASJID TANAH:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan calon pertama PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, bakal mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, Mas Ermieyati dipilih berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlang, selain berintegriti dan memenuhi permintaan masyarakat setempat.

"Malam ini saya melancarkan jentera pilihan raya PN Melaka dan saya tersebut pula calon Parlimen Masjid Tanah tetapi tidak mengapalah sebab saya kebetulan berada di sini," katanya.

Beliau ditemui selepas melancakan jentera berkenaan pada majlis Jelajah Prihatin Parlimen Masjid Tanah di Kampung Paya Lebar, di sini malam ini.

Selain Mas Ermieyati, yang turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan PN Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop; Timbalan Pengerusi Perhubungan PN negeri, Zulkifli Ismail dan Pengerusi GERAKAN Melaka, Datuk Seri Michael Gao Peng Lau.

Muhyiddin berkata, calon PN yang lain akan diumumkan Pengerusi Perhubungan PN negeri masing-masing beberapa hari sebelum penamaan calon 5 November ini.

Mengenai manifesto PN, beliau berkata, aspek utama diberi penekanan ialah membina semula ekonomi negara dengan mengutamakan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sementara itu Mas Ermieyati berterima kasih kepada Muhyiddin atas kepercayaan diberi.

"Insya-Allah saya dan jentera pilihan raya akan berusaha kuat untuk memastikan Parlimen Masjid Tanah kekal milik PN," katanya.

Pada PRU-14, Mas Ernieyati menang di kerusi berkenaan dengan majoriti undi lebih 8,000 ketika mewakili UMNO/Barisan Nasional sebelum keluar UMNO pada hujung 2018.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo