NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan percaya janji PH hapus kutipan tol – Zahida


KUALA LUMPUR
– Rakyat diminta supaya tidak mempercayai janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan kutipan tol seperti yang ditaburkan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mereka.

Ketua Puteri Barisan Nasional (BN), Datuk Zahida Zarik Khan berkata, PH hanya mengulangi skrip dan penipuan sama yang digunakan ketika PRU14.

Menurut beliau, tidak mustahil selepas ini PH akan mengulangi skrip hapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan cukai-cukai tertentu serta memberi harapan palsu kepada rakyat.

“Rakyat dah serik 22 bulan kena tipu dengan PH, mereka sahaja yang masih tak serik-serik untuk menipu dan terus menipu.

“Jadi selepas ini jika ada dengar apa-apa lagi janji mereka, cukuplah sekadar dengar, tapi percaya jangan sekali.

“Pada 19 November nanti, tetapkan pendirian, pangkah lambang BN (dacing) pada kertas undi. Pedulikan apa orang nak kata,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berjanji bahawa tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan dimansuhkan jika PH membentuk kerajaan selepas PRU-15. – MalaysiaGazette

 

# JANGAN LUPA UMNO/BN MENIPU DAN ROMPAK WANG RAKYAT LEBIH 60 TAHUN



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo