NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putra bertanding sembilan kerusi di Kelantan


KUALA LUMPUR
– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengumumkan keputusan muktamad mesyuarat dengan komponen Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen di Kelantan.

Selebihnya, lima kerusi lagi diberikan kepada calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Presiden Putra yang juga Pengerusi GTA Kelantan, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, keputusan pembahagian kerusi itu dicapai dalam mesyuarat di Kota Bharu pada Sabtu lalu.

Menurut beliau, sembilan kerusi dipertandingkan Putra ialah Parlimen Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli, Ketereh dan Machang.

Pejuang pula bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Putih.

“Nama calon ini akan diumumkan oleh Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2 November ini.

“Sembilan calon Putra ialah dua tokoh akademik bertaraf profesor iaitu mantan Dekan dan seorang lagi mantan Timbalan Naib Canselor sebuah universiti tempatan yang akan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh dan Bachok.

“Calon lain ialah seorang peguam yang mempunyai pengalaman 25 tahun dalam bidang guaman, pakar senibina dan perancang bandar, pakar pertanian.

“Seorang tokoh usahawan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat, manakala seorang anak muda berusia 31 tahun lulusan Sarjana Sains Aktuari yang pernah memenangi tokoh pelajar terbaik dan anugerah kepimpinan pelajar turut bertanding,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, seorang lagi calon Putra ialah seorang yang berpengalaman dalam politik hampir 40 tahun dan mempunyai jasa kepada rakyat Kelantan.

“Perjuangan calon ini penuh dengan liku-liku dan pernah dituduh rasis kerana agenda perjuangan Melayu dan Islam yang dibawanya.

“Beliau juga seorang bekas pemimpin pelajar dan memimpin sebuah NGO popular selain terkait dengan banyak perjuangan bangsa dan pernah ditahan bawah ISA sebanyak dua kali kerana membawa isu kemiskinan rakyat di Baling, menuntut ITM bertaraf universiti dan isu Ketuanan Melayu.

“Semua calon Putra ini mempunyai rekod bersih dan berintegriti,” katanya. – MalaysiaGazette



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo