NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah lebih separuh penduduk Putrajaya gemuk?

Putrajaya mencatatkan masalah obesiti atau gemuk tertinggi dalam kalangan orang dewasa, iaitu sebanyak 45.8 peratus ketika pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu mempunyai 11 taman indah dan tasik.

Jangan nanti wilayah yang cantik lagi gah dengan persekitaran hijau dan mesra untuk gaya hidup sihat tetapi digelar ‘obes-city’ (bandar gemuk) akibat ramai penduduknya mempunyai kadar lemak yang tinggi.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) menunjukkan prevalen obesiti dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas adalah 19.7 peratus manakala 30.4 peratus individu dewasa mengalami berlebihan berat badan.

Ini bermakna satu daripada setiap dua orang dewasa Malaysia (50.1 peratus) berlebihan berat badan dan obes.

Daripada jumlah itu, masalah kegemukan dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi jabatan kerajaan mencecah 41.4 peratus!

Apa kata mulai minggu ini, penduduk Putrajaya dan sekitarnya dengan 90 peratus penduduk daripada kira-kira 100,000 penghuni adalah anggota pentadbiran awam rajinkan diri paksa kaki untuk keluar beriadah.

Menerusi laman web Perbadanan Putrajaya, terdapat 11 kawasan taman, tasik dan wetland di wilayah yang asalnya dikenali dengan nama Prang Besar ini boleh dimanfaatkan sebagai lokasi untuk riadah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo