NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salahguna kuasa : Pegawai khas Datuk pula ditahan

Putrajaya: Pegawai khas kepada ketua jabatan agensi kerajaan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rasuah dan menyalahguna kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat buah kenderaan pada 2017.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman sehingga Rabu ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberikan keterangan semalam.

Menurutnya, penahanan suspek susulan SPRM menahan seorang ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk.

Semalam, media melaporkan Datuk berusia 40-an itu direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ia membabitkan perolehan empat kenderaan berjumlah lebih RM290,000 bertujuan untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

- Metro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo